TERBITAN JKR

 

       Satu sistem pemberian nombor terbitan yang  telah diadakan sejak tahun 1988 untuk semua terbitan Jabatan Kerja Raya. Peraturan ini merupakan usaha jabatan untuk mewujudkan satu sistem yang teratur dan berkesan bagi mengumpul, melengkapkan dan mengenalpasti judul dan bilangan terbitan yang dikeluarkan oleh setiap Cawangan / Unit / JKR Negeri. Dengan cara ini maklumat penting boleh didapati dengan lebih cepat dan mudah.

     Unit Perpustakaan dan Sumber, Cawangan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia telah dipertanggungjawabkan sebagai pusat pengawal nombor terbitan JKR. Pegawai dokumentasi di setiap Cawangan / Unit / JKR Negeri perlu dilantik untuk menyelaras bahan yang akan dicetak dan ditugaskan untuk mendapatkan nombor terbitan setiap kali sebelum sesuatu judul itu dicetak dengan mengisi borang yang boleh didapati daripada Unit Perpustakaan dan Sumber atau borang elektronik atau melalui telefon 03-26107032 / 7031 / 7034.

     Pegawai dokumentasi Cawangan / Unit / JKR Negeri perlulah mengesan dan memastikan judul – judul tersebut diberi nombor terbitan. Jika sebarang pindaan atau pembatalan terbitan yang telah diberi nombor terbitan JKR, sila maklumkan kepada Unit Perpustakaan dan Sumber. Tiga (3) naskhah terbitan JKR hendaklah diserahkan kepada Unit Perpustakaan dan Sumber sebaik sahaja terbitan itu dicetak seperti di alamat berikut:-

Ketua Unit Perpustakaan dan Sumber JKR
Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya
Tingkat 16, Blok F
Jalan Sultan Salahuddin
50582 Kuala Lumpur
Tel:- 03-26107032 / 7031/ 7034
Faks:- 03-26112507
Emel : jkrlib@jkr.gov.my

CONTOH NOMBOR TERBITAN JKR

NOTA PENERANGAN PEMBERIAN NOMBOR TERBITAN JABATAN KERJA RAYA

 

Nombor Terbitan JKR merupakan nombor tunggal dalam 3 bahagian untuk sesebuah terbitan tersebut dikenali dengan tepat. Contoh  Nombor Terbitan JKR :

 

JKR 20700 - 0001 - 05

Bahagian 1 - Kod Identiti Cawangan / Unit / JKR Negeri
( 20700 – Cawangan Pengurusan Korporat )

Bahagian 2 - Identiti Judul
( 0001 – Bilangan judul diterbitkan )

Bahagian 3 - Identiti Tahun
( 05 – Tahun terbitan 2005 )

Bahagian 1: Identiti Penerbit,

 Cawangan/Unit /JKR Negeri yang mengeluarkan judul tersebut. Dalam contoh di atas, angka 20700 merupakan kod identiti Cawangan Pengurusan Korporat. Sila pastikan bahawa Kod Identiti Jabatan tuan yang telah diberikan seperti dalam mukasurat 3 dan 4 sentiasa digunakan.

Bahagian 2: Identiti Judul

Bilangan judul yang diterbitkankan oleh Cawangan/Unit /JKR Negeri dicatit. Judul pertama yang diterbitkan diberi angka bilangan 0001, yang kedua diberi angka bilangan 0002 dan seterusnya, dan angka bilangan ini diteruskan pada tahun - tahun berikutnya.

Bahagian 3:Identiti Tahun,

Tahun judul tersebut diterbitkan. Angka ini bermula dengan angka 05 bagi tahun 2005, angka 06 bagi tahun 2006 dan seterusnya.

Dengan demikian, nombor terbitanJKR 20700 - 0001 - 05 mengenalpasti judul yang pertama dalam tahun 2005 diterbitkan oleh Cawangan Pengurusan Korporat.

Nombor Terbitan JKR ini perlulah di cetak bersama di bahagian atas sebelah kanan kulit depan terbitan. Klik  disini untuk lihat contoh.

Terbitan – terbitan yang dimaksudkan merupakan terbitan – terbitan yang tetap, tidak dalam bentuk deraf dan boleh dirujuk untuk makluman. Antaranya termasuklah laporan bulanan projek, laporan tahunan, arahan teknik, buletin dan kertaskerja seminar yang telah dijilid.

Tiga (3) naskhah terbitantersebut hendaklah diserahkan kepada Unit Perpustakaan dan Sumber, Cawangan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Malaysia untuk rujukan pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya dan agensi-agensi di bawahnya.

KOD IDENTITI CAWANGAN JKR

 

BIL CAWANGAN JKR KOD IDENTITI CONTOH NOMBOR TERBITAN JKR
1

CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM (1&2)

JKR 20100 JKR 20100 – 0001 – 21
2 CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

JKR 20300

JKR 20300 – 0001 – 21
3 CAWANGAN JALAN JKR 20400 JKR 20400 – 0001 – 21
4 CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JKR 20500 JKR 20500 – 0001 – 21
5 JKR WOKSYOP PERSEKUTUAN JKR 20506 JKR 20506 – 0001 – 21
6 CAWANGAN KEJURUTERAAN AWAM & STRUKTUR JKR 20601 JKR 20601 – 0001 – 21
7 CAWANGAN KEJURUTERAAN INFRASTRUKTUR  & PENGANGKUTAN JKR 20602 JKR 20602 – 0001 – 21
8 CAWANGAN DASAR & PENGURUSAN KORPORAT JKR 20700 JKR 20700 – 0001 – 21
9 UNIT PERPUSTAKAAN DAN SUMBER MAKLUMAT JKR 20702 JKR 20702 – 0001 – 21
10 BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA JKR 20704 JKR 20704 – 0001 – 21
11 UNIT PEMBANGUNAN PRESTASI  DAN KOMPETENSI JKR 20705 JKR 20705 – 0001 – 21
12 BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT JKR 20707 JKR 20707 - 0001 - 21
13

CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN

JKR 20800 JKR 20800 - 0001 - 21
14 CAWANGAN ALAM SEKITAR & KECEKAPAN TENAGA JKR 20801 JKR 20801 – 0001 – 21
15 CAWANGAN ARKITEK JKR 20802 JKR 20802 - 0001 - 21
16 CAWANGAN STOR PERSEKUTUAN JKR 20900 JKR 20900 – 0001 – 21
17 CAWANGAN KERJA KESELAMATAN JKR 21000

JKR 21000 – 0001 – 21

18 CAWANGAN KERJA PENDIDIKAN JKR 21100 JKR 21100 – 0001 – 21
19 CAWANGAN KERJA DALAM NEGERI JKR 21200

JKR 21200 – 0001 – 21

20 CAWANGAN KEJURUTERAAN GEOTEKNIK JKR 21300

JKR 21300 – 0001 – 21

21 CAWANGAN KEJURUTERAAN KESIHATAN JKR 21400

JKR 21400 – 0001 - 21

22 CAWANGAN KEJURUTERAAN CERUN JKR 21500 JKR 21500 – 0001 – 21
23 UNIT FORENSIK JKR 21501

JKR 21501 – 0001 – 21

24

UNIT KAJIAN PEMBANGUNAN

JKR 21502

JKR 21502 – 0001 – 21

25

UNIT KESELAMATAN CERUN

JKR 21504

JKR 21504 – 0001 – 21

26 UNIT IT & PENGURUSAN CERUN JKR 21505

JKR 21505 – 0001 -21

27

CAWANGAN KEJURUTERAAN SENGGARA

JKR 21600

JKR 21600 – 0001 -21

28 CAWANGAN SENGGARA FASILITI JALAN JKR 21601

JKR 21601 – 0001 – 21

29 CAWANGAN SENGGARA FASILITI BANGUNAN JKR 21602

JKR 21602 – 0001 -21

30 PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI JKR (CREATE) JKR 29201 JKR 29201 – 0001 -21
31

CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU

JKR 29300 JKR 29300 – 0001 -21

KOD IDENTITI BAGI TERBITAN JKR NEGERI

 

BIL JKR NEGERI KOD IDENTITI CONTOH NOMBOR TERBITAN JKR
1 JKR Johor JKR 301 JKR 301 – 0001 – 21
2 JKR Kedah JKR 302 JKR 302 – 0001 – 21
3 JKR Kelantan JKR 303 JKR 303 – 0001 – 21
4 JKR Melaka JKR 304 JKR 304 – 0001 – 21
5 JKR Negeri Sembilan JKR 305 JKR 305 – 0001 – 21
6 JKR Pahang JKR 306 JKR 306 – 0001 – 21
7 JKR Perak JKR 307 JKR 307 – 0001 – 21
8 JKR Perlis JKR 308 JKR 308 – 0001 – 21
9 JKR Pulau Pinang JKR 309 JKR 309 – 0001 – 21
10 JKR Selangor JKR 312 JKR 312 – 0001 – 21
11 JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur JKR 31200 JKR 31200 – 0001 – 21
12 JKR Terengganu JKR 313 JKR 313 - 0001 - 21
13 JKR Wilayah
Persekutuan Labuan
JKR 315 JKR 315 - 0000 - 21
14 JKR Wilayah
Persekutuan Putrajaya
JKR 316 JKR 316 – 0001 – 21
15 JKR Sabah JKR 320 JKR 320 - 0001 - 21

Hubungi Kami

Unit Perpustakaan & Sumber,
Jabatan Kerja Raya Malaysia,
Blok F Tingkat 16,
Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia,
Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur.

Telefon

+03 26107032(Kaunter)

Email Rasmi

jkrlib@jkr.gov.my


Copyright © 2022 Perpustakaan JKR. All Rights Reserved.. 
Webadmin Login