POLISI PINJAMAN

PINJAMAN

  1. Peminjam hendaklah berdaftar sebagai ahli Perpustakaan JKR.
  2. Peminjam hendaklah bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan bahan yang dipinjam.
  3. Hanya lima (5) buah bahan dibenarkan oleh setiap orang untuk  tujuan pinjaman.
  4. Polisi tempoh pinjaman adalah tertakluk kepada :-
BIL KOLEKSI TEMPOH PINJAMAN
1 Monograf (Buku / Majalah Berjilid) 4 Minggu
2 Terbitan JKR 4 Minggu
3 Soalan Peperiksaan 2 Minggu
4 Piawaian (British / Malaysian Standard ) 2 Minggu
5 Laporan Tahunan  & CD 2 Minggu
6 Jurnal / Majalah Semasa 3 Hari
7 Buku Rujukan (Kamus / Ensiklopedia / Buku Rasmi Tahunan) 3 Hari
8 Tesis Rujukan Sahaja

 

PEMULANGAN

Bahan - bahan yang dipinjam hendaklah dipulangkan pada atau sebelum tarikh tarikh tamat tempoh. Peminjam bertanggungjawab untuk mengganti bahan yang hilang dengan bahan yang sama atau membayar harga terkini bahan tersebut.

PEMBAHARUAN

Bahan perpustakaan boleh diperbaharui sekiranya tidak ditempah oleh ahli lain dan hanya boleh dilakukan sebelum tarikh tamat tempoh.

TEMPAHAN

Bahan perpustakaan yang telah dipinjam oleh pengguna lain boleh ditempah melalui datang sendiri ke kaunter perpustakaan, telefon atau emel ke www.jkrlib@jkr.gov.my

Hubungi Kami

Unit Perpustakaan & Sumber,
Jabatan Kerja Raya Malaysia,
Blok F Tingkat 16,
Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia,
Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur.

Telefon

+03 26107032(Kaunter)

Email Rasmi

jkrlib@jkr.gov.my


Copyright © 2022 Perpustakaan JKR. All Rights Reserved.. 
Webadmin Login