Perkhidmatan JKR

KEAHLIAN

Keahlian perpustakaan adalah percuma dan terbuka kepada semua kakitangan Jabatan Kerja Raya dan agensi-agensi di bawah Kementerian Kerja Raya. Permohonan boleh dibuat secara atas talian atau datang terus ke perpustakaan. Keahlian perpustakaan melayakkan anda untuk menggunakan semua perkhidmatan yang disediakan oleh pihak perpustakaan.

PINJAMAN DAN PEMULANGAN

Semua ahli yang berdaftar adalah layak untuk meminjam bahan perpustakaan mengikut polisi perpustakaan. Buku boleh dipinjam dan dikembalikan di kaunter perpustakaan.

PERTANYAAN RUJUKAN

Perkhidmatan yang disediakan bagi membantu pengguna perpustakaan dalam mencari maklumat dengan cepat dan berkesan dengan menggunakan sumber yang ada di perpustakaan, termasuk rujukan kepada sumber-sumber di perpustakaan atau agensi lain apabila perlu. Sebarang pertanyaan rujukan boleh dibuat sama ada melalui e-borang , telefon, e-mel, faksimili atau datang terus ke perpustakaan.

PERMOHONAN NOMBOR TERBITAN JKR

Terdiri daripada satu kod sebelas (11) digit angka yang diperuntukan kepada satu judul bahan yang diterbitkan di JKR. Peraturan ini merupakan usaha jabatan untuk mewujudkan satu sistem yang teratur dan berkesan bagi mengumpul, melengkapkan dan mengenalpasti judul dan bilangan terbitan yang dikeluarkan oleh setiap Cawangan / Unit / JKR Negeri. Dengan cara ini maklumat penting boleh didapati dengan lebih cepat dan mudah. Unit Perpustakaan dan Sumber telah dipertanggungjawabkan sebagai pusat pengawal nombor terbitan JKR. Permohonan nombor terbitan JKR boleh dibuat melalui e-borang , telefon, emel, surat dan faksmili ...KLIK untuk maklumat lanjut

KERATAN AKHBAR / TENDER

Koleksi keratan akhbar meliputi semua berita dan artikel yang berkaitan dengan Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Kerja Raya dan agensi di bawahnya. Merangkumi tender JKR dan aduan daripada orang ramai. Artikel digital boleh di akses melalui ecoms.

PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN

Perkhidmatan ini membolehkan pengguna untuk meminjam bahan-bahan perpustakaan yang tidak terdapat di Perpustakaan JKR tetapi boleh diperolehi daripada perpustakaan lain. Perpustakaan akan meminjam bahan bagi pihak ahlinya. Perpustakaan Kerja Raya juga membekalkan bahan-bahan mereka sendiri untuk perpustakaan/institusi luar. Permohonan boleh dikemukakan kepada staf yang bertugas di kaunter perkhidmatan.

Hubungi Kami

Unit Perpustakaan & Sumber,
Jabatan Kerja Raya Malaysia,
Blok F Tingkat 16,
Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia,
Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur.

Telefon

+03 26107032(Kaunter)

Email Rasmi

jkrlib@jkr.gov.my


Copyright © 2022 Perpustakaan JKR. All Rights Reserved.. 
Webadmin Login